Sabtu, 14 November 2015

Breakfast di kedai pahlawan

Antara keunikan di kedai ni adalah semua pekerjanya memakai baju pahlawan pahlawan melayu dulu kala.Terasa aura melayu meresap dlm jiwa ni:p
Yg menariknya pagi pagi dah ada ada charkuew teow.marveleous sgat..Roti canai pun ada serta nasi ayam.Menu menu lain ada juga.

Bagi mereka yg suka merasai kelainan bolh lh ke sini.cuma untuk mutu masakan,chr kueow teownya pling superb👍.

Jumaat, 10 Julai 2015

Andai dapat diundurkan masa

Segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Tahun 2015 ini adalah tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan.Tapi aku percaya,sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik.Namun sebagai hamba yg lemah,ia amat memberi kesan secara langsung dari aspek mental dan psikologi secara amnya.Aku masih bertahan mungkin diatas doa doa yg kerap aku menangis padanya...Kalau tidak,mungkin lagi jauh aku hanyut...

  Siapa sangka tahun baru 2015,semua sedang memasang azam baru.Tapi aku sedang diuji.Pelaburan saham yang aku dagangkan sendiri mengalami kerugian besar 10 ribu hangus ..Fikiran kusut,habis duit.bila tengok anak perempuan,aku sedih.Papa nk senangkan keluarga kita,tak sangka camni jadinya.Kerugian tu beri kesan mental pada aku ,sampai nak fokus belajar pun susah.Hinggalah result diumumkan pada,aku gagal 1 paper..
Yang bertambah malang,oleh kerana pointer bawah 2.0,pinjaman PTPTN bagi semester berikutnya di gantung.Tersandar juga aku.....Aku abaikan...dalam kepala mana ada duit lagi dah on the spot nk bayar yuran...Ditambah pula cukai atas barangan (GST) yg baru dilaksana oleh kerajaan,dah tentu belanja bulanan isirumah meningkat.duit simpanan pun dahlah lebur,gaji belum naik,ptptn digantung,belajar tertunggak....
JAMMED..Walau camne skalipun,aku tetap tak putus berdoa dalam stiap solat.(aku cuba pujuk hati,mngkin besar dugaan diterima,rezeki besar akan menyusul.....).Aku dapatkan kekuatan untuk bertenang....

pada Mei lepas,aku main futsal dgn kawan kawan.Mungkin sebab berat badan dah bertambah,aku terjatuh pula lutut terperosok dan tak dapat nak twisted kaki ni.Sakitnya memang azab,tak pasal pasal MC 2 minggu..
Terlantar atas katil je lah masa tu..bila jadi camtu,solat pun terpaksalah buat secara duduk..(Time ni aku belajar sesuatu,mngkin ni Allah nak tunjukkan,kenapa bila sihat tak nk solat on time?).
Setelah MC berbaki 1 hari,aku dah mampu bawa kereta.Aku pusing pusing bandar sbb hampir 2 minggu duk rumah bosan.Dalam on the way balik rumah,berasap pula kereta kat engine depan...Aku terus cari park sesuai..lepas 15minit baru aku berani buka bonet..rupanya host power stereng bocor,oil tu tumpah atas exaust sbb tu keluar asap...huuuuu....Money money money lagi..........JAMMED.
     Kereta dah rosak,pinjam kereta bapa mertua g kerja .sebab tak boleh bawa motor lagi kaki tak dpt bgkok sgt.Dalam perjlnan balik,masa tu isteri yg bawa boleh pula ada lori corner mengejut...
Syukur isteri bawa perlahan,kalau tak kami mati bawah lori...Tapi kelisa tu remuk depan juga lah...cermin pun retak kat depan...Walau camne aku bersyukur nyawa aku n isteri masih panjang lagi.
       Alhamdulillah dalam awal bulan 6,kami ada rezeki lebih dapatlah lunaskan yuran belajar dan baiki kereta.Kereta bapa mertua  tu pun owner lori dah setelkan..Aku tarik nafas lega........Namun,Allah mungkin rindukan aku menangis padanya.Kali ni aku susah untuk berhenti menangis hingga ke hari ini...Pada 17/6/2015,Abang kandung tersayang aku telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat nahas jalan raya....
Ya Allah,sungguh hebat ujian mu.baru ku sedar,betapa kerdilnya aku sebagai hamba...

 Dan menjelang seminggu raya lagi,apa yg mampu untuk di lakukan?
apabila melihat seluruh keluarga masih sugul,teringat akan kenangan bersama arwah yg banyak jasanya.Kini,tugas anak lelaki sulung digalas pula oleh aku..Aku kerap termenung..rindukan abang aku..kerja tak boleh nk fokus,assigment pun boleh pula rapat dgn minggu raya..
Mungkin ini lah karma kehidupan.....Setiap perjumpaan pasti berakhir dengan pengakhiran...Semoga roh abang dicucuri rahmat.
Al-fatihah...


"Sekadar luahan untuk elakkan terbenam dalam hati menjadi barah."

Follow by Email

Google+ Followers