Selasa, 17 Disember 2013

Afiq merayau rayau

   Masa ni bawa si adik bongsu ,Afiq main bowling kat Alam sentral.Dia tak pernah rasa so bawalah dia.

  Then habis main kitorang move ke Masjid Shah Alam untuk solat Zohor.1st time juga dia merasa.iyelah duduk selangor takkan tak nak jejak masjid negeri kot kan.

  So lepas tu aku bawa dia g Jusco Bukit raja layan movie THOR ..bagi popo corn dengan air karbonat ,memang layan ..

     So far puas lah bawa dia berjalan naik motor je pun.Ye lah,sekali sekala nak juga dia merasa seronok..pueh hati oden.Sebelum ni dah bgi merasa main esketing,masa dia darjah 3 tak silap(oden cepat lupe).Mungkin lpas ni sekurangnya dia merasa juga dunia luar camne.

Sabtu, 7 Disember 2013

Abangku milik orang


          Dah ditakdirkan jodohnya dengan orang Melaka.Alhamdulillah bertemu juga pasangannya yang di nanti-nantikan.Hari ijabkabul 29 Nov 2013 waktu lepas Isyak..kitorang gerak keluar Klang lepas solat jumaat dan sampai Melaka lebih kurang 7.30pm.Ada baki 1 jam je,memang nasib ko lah iwan..ekeke..Dan yg penting syukur juga semua adik-beradik dapat berkumpul ,bukan senang kan..Masa ni aku ada 1 paper final exam yg beza hari 2 hari dengan majlis ni..Tapi redah je lah .

             Ok,majlis belah laki pula pada 7 Disember 2013 di Dewan Kg.Delek.Pun selang sehari aku ada 1 lagi paper final exam.Memang haru biru lah jawapannya nanti..:).Tapi nasib baik ,orang tua ambil katering,bagus lah tu.Cukuplah majlis aku tempoh hari  buat rewang..1 word can say,"SERIK".tapi walaubagaimanapun still terhutang budi pada org kampung dan paling tentu,adik beradik dan jiran terdekat.
So far ,lega sungguh bila selesai je kedua-dua majlis perkahwinan abang aku..Syukur pada Allah..


Ahad, 10 Februari 2013

Kami punya Wedding days 3 & 10 Februari 2013


  Tak sah kalau dah nikah tak buat majlis kahwin :) kitorang punya majlis pada 3 & 9 Februari 2013.Seronok betul kahwin ni dapat berkumpul dgn kawan kawan,saudara n keluarga tapi bab paling tak best bila tang jalan tandang,semua mata pandang kita..segan betull ...berterabur aku jalan masa tu..ekeke..



Sabtu, 2 Februari 2013

Ijab dan Kabul kami


Alhamdulillah,puji segala syukur kehadrat illahi dengan sekali lafaz jiwa kami sudah di satukan..Selebihnya perasaan tu korang pun faham-faham sendirilah ye..Op coz lah gembira+hiba.Kami nikah pada tarikh lahir puteh 2 februari 2013.







Selasa, 1 Januari 2013

Celebration New Year 2013 & Bestday

Menjelang tahun 2013 ,abah aku buat majlis makan makan pelawa anak beranak & jejiran datang.Siangnya pula kitorang celeb bestday aku,ismat & afiq sebab kitorang punya birth bulan 1&2.Jadi alang-alang berkumpul tu lah bapa aku buat kenduri..Motifnya nak ada alasan anak beranak berkumpul sebenarnya.