Sabtu, 14 November 2015

Breakfast di kedai pahlawan

Antara keunikan di kedai ni adalah semua pekerjanya memakai baju pahlawan pahlawan melayu dulu kala.Terasa aura melayu meresap dlm jiwa ni:p
Yg menariknya pagi pagi dah ada ada charkuew teow.marveleous sgat..Roti canai pun ada serta nasi ayam.Menu menu lain ada juga.

Bagi mereka yg suka merasai kelainan bolh lh ke sini.cuma untuk mutu masakan,chr kueow teownya pling superb👍.

Jumaat, 10 Julai 2015

Andai dapat diundurkan masa

Segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Tahun 2015 ini adalah tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan.Tapi aku percaya,sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik.Namun sebagai hamba yg lemah,ia amat memberi kesan secara langsung dari aspek mental dan psikologi secara amnya.Aku masih bertahan mungkin diatas doa doa yg kerap aku menangis padanya...Kalau tidak,mungkin lagi jauh aku hanyut...

  Siapa sangka tahun baru 2015,semua sedang memasang azam baru.Tapi aku sedang diuji.Pelaburan saham yang aku dagangkan sendiri mengalami kerugian besar 10 ribu hangus ..Fikiran kusut,habis duit.bila tengok anak perempuan,aku sedih.Papa nk senangkan keluarga kita,tak sangka camni jadinya.Kerugian tu beri kesan mental pada aku ,sampai nak fokus belajar pun susah.Hinggalah result diumumkan pada,aku gagal 1 paper..
Yang bertambah malang,oleh kerana pointer bawah 2.0,pinjaman PTPTN bagi semester berikutnya di gantung.Tersandar juga aku.....Aku abaikan...dalam kepala mana ada duit lagi dah on the spot nk bayar yuran...Ditambah pula cukai atas barangan (GST) yg baru dilaksana oleh kerajaan,dah tentu belanja bulanan isirumah meningkat.duit simpanan pun dahlah lebur,gaji belum naik,ptptn digantung,belajar tertunggak....
JAMMED..Walau camne skalipun,aku tetap tak putus berdoa dalam stiap solat.(aku cuba pujuk hati,mngkin besar dugaan diterima,rezeki besar akan menyusul.....).Aku dapatkan kekuatan untuk bertenang....

pada Mei lepas,aku main futsal dgn kawan kawan.Mungkin sebab berat badan dah bertambah,aku terjatuh pula lutut terperosok dan tak dapat nak twisted kaki ni.Sakitnya memang azab,tak pasal pasal MC 2 minggu..
Terlantar atas katil je lah masa tu..bila jadi camtu,solat pun terpaksalah buat secara duduk..(Time ni aku belajar sesuatu,mngkin ni Allah nak tunjukkan,kenapa bila sihat tak nk solat on time?).
Setelah MC berbaki 1 hari,aku dah mampu bawa kereta.Aku pusing pusing bandar sbb hampir 2 minggu duk rumah bosan.Dalam on the way balik rumah,berasap pula kereta kat engine depan...Aku terus cari park sesuai..lepas 15minit baru aku berani buka bonet..rupanya host power stereng bocor,oil tu tumpah atas exaust sbb tu keluar asap...huuuuu....Money money money lagi..........JAMMED.
     Kereta dah rosak,pinjam kereta bapa mertua g kerja .sebab tak boleh bawa motor lagi kaki tak dpt bgkok sgt.Dalam perjlnan balik,masa tu isteri yg bawa boleh pula ada lori corner mengejut...
Syukur isteri bawa perlahan,kalau tak kami mati bawah lori...Tapi kelisa tu remuk depan juga lah...cermin pun retak kat depan...Walau camne aku bersyukur nyawa aku n isteri masih panjang lagi.
       Alhamdulillah dalam awal bulan 6,kami ada rezeki lebih dapatlah lunaskan yuran belajar dan baiki kereta.Kereta bapa mertua  tu pun owner lori dah setelkan..Aku tarik nafas lega........Namun,Allah mungkin rindukan aku menangis padanya.Kali ni aku susah untuk berhenti menangis hingga ke hari ini...Pada 17/6/2015,Abang kandung tersayang aku telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat nahas jalan raya....
Ya Allah,sungguh hebat ujian mu.baru ku sedar,betapa kerdilnya aku sebagai hamba...

 Dan menjelang seminggu raya lagi,apa yg mampu untuk di lakukan?
apabila melihat seluruh keluarga masih sugul,teringat akan kenangan bersama arwah yg banyak jasanya.Kini,tugas anak lelaki sulung digalas pula oleh aku..Aku kerap termenung..rindukan abang aku..kerja tak boleh nk fokus,assigment pun boleh pula rapat dgn minggu raya..
Mungkin ini lah karma kehidupan.....Setiap perjumpaan pasti berakhir dengan pengakhiran...Semoga roh abang dicucuri rahmat.
Al-fatihah...


"Sekadar luahan untuk elakkan terbenam dalam hati menjadi barah."

Selasa, 10 Jun 2014

Kerdilnya aku dalam berblogging nih..

   Ekeke..aku terkesima..Respect lah dengan Blogger-blogger kaum hawa..cantik-cantik belaka hias page.
Bila tengok blog sendiri?peh jauh panggang dari api..tapi takpelah slow-slow aku study pasal blogging ni.Hmm..dah 3 hari keje aku blogwalking blog orang lain.Ye lah selama ni ,aku tulis blog pun sebab :-

1. Iphone aku dah penuh dengan picture-picture.So kalau nak simpan dalam portable Hard disk ,aku takut corrupt.Takut moment tu hilang..So aku decide sambil simpan dlam blog ni boleh aku taip description.Kalau simpan kat FB,aku tak minat .
2. Aku suka merepek,sometime selalu sangat update status kat FB,So aku pernah terdetik takut member-member  kata aku poyo pula.Sekarang sebulan tak update status FB,hidup pun rasa cool jeh..Tulah aku meraban sensorang dalam blog sendiri..

   Ambil masa seminggu juga prepare blog sendiri,lastly alhamdulillah semua picture dah berjaya publish kat blog..So aku imagine,bila anak anak dah besar,dapatlah aku ingat sejarah lama tuk diceritakan..Kalau lupa aku suruh diorang taip link blog ni je lah :)....
   
   Bila dah hadap blog ni,tergerak hati pula nak jelajah blog orang lain..aku belek,baca..wah seronok pula baca blog orang lain ni..Gempak-gempak pula tuh..kerdil je rasanya ..Rupanya dengan berblog nih pun ada komunitinya sendiri.Tanggapan awal mulanya,ingatkan blog ni tempat orang-orang mencilkan diri..(macam niat asal aku).Siap ada Giveaway,award..Aku rasa jakun pula bila dapat tahu..power betul berblog nih..
    
    InsyaAllah lah aku akan join/follow blogger-blogger lain tuk tambah input dalam diri aku ni pasal ilmu berblog ni..Seriously im zerro..Harap adalah blogger-blogger lain yg sudi bagi tunjuk ajar..especially dapat ubah cursor mouse aku jadi comel pun aku dah bangga kot :) .

Ahad, 8 Jun 2014

Im you hero

Sabtu baru baru ni,pi cari conferter narita kat Eon big (Dulu Carrefour),Klang dgn isteri n my daughter.Mak yg suh pi cari katanya dlm RM50..Jenuh juga cari tapi tak jumpa..Lastly kitrg ambik je conferter brand lain.sory ye mak :(
  So kitrg ni 1st time dtg sana n bnyak gak lah promotion.Ada certain barang without promo still cheaper than Tesco price.So far best jugalah barang pun bnyak choice...
Pusing pusing jumpa topeng ironmen..ekeke..apa lagi pose skjp lah dgn Mia:) ehehehe..Im You Hero !!Damia.. 

  Dah agak puas pusing kitorang pun cau balik ah......vroom vroom vroom

Jumaat, 6 Jun 2014

Prefer Burger King than Mcd

 Ni aku layan burger king kat dlm mkmal aku,makan yg large set whopper blackpaper.Semalam solat jumaat kt STK jeh,so Puteh pula pakai keter balik rumah..So aku suruh dia belikan menatang ni lah:) bila dia msuk kejer blik.
    Alhmdulillah sekrang ni kitrg jarang sgat dah pergi Mcd(dalam tempoh 2 tahun 3-4 kali je jejak).Dulu aku pnagih tegar Big mac ooo..Tak pernah sekali order burger kat  Mcd selain big mac tau :). Tu yg kitrg dah beralih kat Burger king..Terbaiklah juga BK ni,cumanya takde bubur nasi je..Kalau puteh ngidam terpksa lh pergi Pak li pula :)

Mee udang banjir Klang sentral

Malam tadi pekena Char kuew teow udang kat Kedai Mee Udang banjir,area Klang Sentral.

Berangin je hati ni dengan serve diorg,nak untung pun agak agaklah,tak payah lah kalut sampai cenggitu..Ceritanya macam ni...
      Sampai je dlm kedai kitorg terus duduk kat meja,so datanglah sorang wanita lingkungan lewat 40-an(bini boss rasanya),kat meja kitorang.Kat tangannya ada pen,note order,& 2 menu order..Kitorg ni 1st time datang so terkial lah nak makan apa,si wanita tu dgn tak bgi salam apa,menu order pun tak bgi tgok,terus offer kitrg makan set nasi untuk 2 orang.Dalam hati aku dah angin,kat tangan ko ada menu order pastu nak tentukan kitorg makan nasi pula.Kitorang kata tak nak,kitrg nak tengok menu..Dia bagi,tapi satu jeh,lagi satu menu dia keras nak pegang jeh..dah pastu tengah kitrg cari ilham nk makan ,dia boleh tak habis habis offer set nasi lagi..Aii makcek ko diam boleh?(dlm hati ler)..
    So sebab makcik tu gelupur tak habis habis suruh mkan nasi,kitrg malas nk tgok menu tu lebih lnjut dan terus decide nk mkan Char kuew teow jeh(2 pinggan) dengan milo ais n laici suam.Dah dia offer udang pula,oklah kitrg on jeh udang tuh..Pastu lagi dia offer ambil yg udang laut punya,kitrg kata taknak..pastu ada lagi,dia offer taknak  order celur tepung ke?kitrg kata taknK juga...Ok tak habis lagi,Pastu dia kata yg char kuew teow kitrg order tu letak dlm 1 mangkuk dan nanti kitrg tuang dlm pinggan sendiri,aku n wife pun angguk je lah.Sebab kitrg dah cakap nk 2 pnggan,so tak kiralah ko nak taruk mgkuk dulu ke apa kan..So dia pun gi order...tak lama lepas tuh...
  Hah amek kaw besar gila,mangkuknya..aku dah pelik ,ni mesti dia pedajal bagi yg set untuk 4 org makan rasanya..aku kira udang adalah dalam 12 ekor..Hmm..aku makan dulu ,dan cuba positive thinking lah..so aku pun makan dengan Puteh gilir gilir pegang Damia.
So ,time bayar kat kaunter total cash RM25.50.So ,aku anggar untuk air kitorang RM 5.50 dan baki RM 20 tu Char kuew teow udang..Hah memang betul dia bagi kitrg yg set 4 orang makan punye..Aku bukan marah pasal harga ,tapi cara diorang layan kehendak customer.Customer kata A,ko patut bagi A.kalau nak bagi A+ dari segi persembahan bukan pertambahan RM.Dari segi rasa not bad boleh tahan cuma kuew teow nya kurang,sebab Dia pakai yg besar punya..So aku pun rasanya lepas ni berat lah nak pergi kedai ni lagi,taksub sangat duit customer..

Ahad, 1 Jun 2014

World Cup 2014 Brasil.13 Jun 2014-14 Julai 2014


 Perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil bermula 13 Jun 2014 hingga 14 Julai 2014 .Lebih kurang 2 minggu lagi je sepakmula nak start .So kat  bawah ni jadual perlawanan peringkat kumpulan dalam waktu Malaysia.






 Yang bawah ni pula jadual perlawanan peringkat kalah mampus(ekeke)..So,elok lah tu lepas tengok bola boleh terus sahur sekali..nak lagi cantik sembahyang tahajjud sekali ye,tak gitu? kan bulan mulia ni :).


Baiklah,team favaourite aku kali ni,  England.Yup,sebelum ni aku lebih prefer Spain.Masa edisi-edisi 2 World cup sebelum ni ramai player Liverpool dari Spain..Sebab tiap kali World cup ni aku follow  mana majoriti player Liverpool main kat situ aku sokong ..Lainlah kalau Malaysia main World cup dah tentu aku sokong sampai bila-bila..sampai ke lobang cacing sekalipun :)
    So World cup Brazil 2014 ni ada 5 player Liverpool dalam skuad England,antaranya Gerrard,Sturridge,Johnson,Sterling,dan Henderson.Kenalah pula Coach nya pun ex-coach Liverpool :) n latest news Rickie Lambert bru sign in join LFC.ekeke...Aku harapkan keenam enam player ni jadi pemain tunjang(main penuh).

Aku tengok perjalanan yg akan ditempuh skuad England ni agak berliku dan aku buat kiraan sendiri kemungkinan England akan berjumpa Netherland di Suku akhir,kemudian berjumpa dengan Belgium di Separuh akhir dan detik penentuan bertemu Brazil di Final..Selain dari England aku juga akan tersenyum kalau Belgium & Uruguay perform dalam World Cup kali ni..Go chaiyok2..!
So kat bawah ni  tekaan perlawanan yg aku rasa menjadi piliihan aku,kalau korang punya pilihan  tak tau lah kan..pilih lah sendiri:) .


" Tidur bola,makan bola,jangan lupa puasa,jangan lupa sembahyang".

Follow by Email

Google+ Followers